Pilihan adaptasi struktural dan fizikal Adaptasi perubahan iklim

Pembaikpulihan tanah lembap di AustraliaMenyemak kontur di ladang strawberi Wilayah Monterey, Amerika Syarikat Teres, pemugaran pemuliharaan dan penampan pemuliharaan dapat menjimat tanah dan meningkatkan kualiti air di ladang ini di Wilayah Woodbury di barat laut Iowa, Amerika Syarikat

Perlindungan daripada banjir dan kenaikan aras laut

Perlindungan banjir bagi bandar Ybbs sepanjang Sungai Donau

Terdapat beberapa pilihan untuk mengadaptasi daripada ancaman banjir:[12]

  • Memasang teknologi dan bahan perlindungan serta/atau kebingkasan di kawasan yang mudah banjir[13]
  • Mengumpul air hujan untuk menghadapi peningkatan kerpasan dengan menggunakan turapan serap air, menanam tumbuhan sebagai penampan air, menggunakan tangki simpanan bawah tanah dan mensubsidi tong air hujan untuk kegunaan rumah tangga[14]
  • Mengurangkan kawasan berturap untuk menangani peningkatan suhu dan hujan.[15]
  • Mewajibkan harta tanah di kawasan dermaga untuk membina asas bangunan yang lebih tinggi[16]
  • Memasang pam loji pembersihan air di kawasan yang lebih tinggi[16]
  • Mengkaji kerentanan tempatan, meningkatkan kesedaran awam, dan mencipta alat perancangan baharu khas untuk perubahan iklim seperti peta banjir masa depan[16][17][18]
  • Memasang peralatan untuk mengelakkan air laut daripada mengalir balik ke parit ribut[16]
  • Memasang pertahanan banjir yang lebih baik, seperti tembok laut dan meningkatkan kapasiti mempam air[19]
  • Membeli habis rumah-rumah di kawasan mudah banjir[20]
  • Membina jalan raya yang lebih tinggi untuk mengelakkan banjir[19]
  • Melindungi kawasan paya bakau[21]
  • Meningkatan kapasiti sistem air hujan dan mengasingkan air hujan daripada air sisa najis agar limpahan ketika masa puncak tidak mencemarkan sungai, seperti yang dilaksanakan di Terowong SMART

Bagi mengadaptasi kenaikan aras laut, pendekatan "mengundur, memuat dan melindung" (Bahasa Inggeris: retreat, accommodate and protect) boleh dilaksanakan:[22][23]

  • Mengundur: memindah penduduk dan infrastruktur ke tempat yang kurang terdedah kepada banjir serta mengelakkan pembangunan lanjut di kawasan mudah banjir. Jenis adaptasi ini berpontensi untuk menimbulkan gangguan kerana pemindahan penduduk mungkin akan menyebabkan ketegangan.
  • Memuat: menjadikan masyarakat lebih fleksible terhadap kenaikan aras laut. Misalnya, menanam tanaman yang bertoleransi terhadap kandungan garam yang tinggi dalam tanah dan merangka kanun bangunan baharu yang mewajibkan bangunan dibina dengan lebih tinggi agar kurang terjejas oleh banjir.
  • Melindung: melindungi kawasan mudah banjir dengan membina empangan, daik serta memelihara dan memulihara benteng semula jadi seperti hutan payu bakau.

Bagi mengelakkan banjir letusan tasik glasier (Bahasa Inggeris: Glacial lake outburst flood, GLOF), morain di tasik glasier yang berpontensi untuk meletus boleh digantikan dengan empangan konkrit yang juga boleh digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrik.[24]

Pertanian

  • Memanfaatkan sistem pengangkutan global untuk menghantar makanan berlebihan ke kawasan yang diperlukan[25] (kaedah ini tidak membantu menyara hidup petani kecuali sekiranya mereka diberikan bantuan kewangan).
  • Menghasilkan variasi tanaman yang lebih tahan kemarau.[26]
  • Penyimpanan air hujan untuk kegunaan pertanian. Misalnya, menurut Institut Pengurusan Air Antarabangsa, penggunaan lembangan penanaman kecil untuk mengumpul air hujan di Zimbabwe telah meningkatkan hasil tanaman jagung, tidak kira ketika musim tengkujuh atau musim kering. Di Nigeria pula, kaedah ini telah menyebabkan peningkatan hasil tanaman milet sebanyak tiga hingga empat kali ganda.[27]
  • Berbalik kepada memakan buah-buahan, akar dan daun liar. Pendorongan pertumbuhan hutan boleh membekalkan makanan-makanan simpanan ini, serta memuliharakan legeh, mengasingkan karbon, dan meningkatkan nilai estetika.
  • Sistem makanan boleh disesuaikan untuk meningkatkan keselamatan makanan dan mengelakkan impak negatif perubahan iklim.[28]

Peningkatan permintaan air telah menyebabkan wujudnya keperluan untuk meningkatkan pembelanjaan dalam pengairan dan mencari strategi lain untuk menggunakan air dengan lebih efektif. Institut Pengurusan Air Antarabangsa telah mencadangkan lima strategi agar Asia boleh terus membekalkan makanan kepada populasinya yang kian meningkat:[29]

  • Memodenkan skim pengairan yang sedia ada agar bersesuaian dengan kaedah pertanian yang moden
  • Menyokong usaha petani untuk mencari bekalan air tanah dan menggunakannya secara mampan
  • Melihat lebih jauh daripada skim "Pengurusan Irigasi Penyertaan" yang konvensional dengan melibatkan sektor swasta
  • Meluaskan kapasiti dan ilmu
  • Melabur di luar sektor pengairan

Perlindungan daripada gelombang haba dan suhu ekstrem

Bumbung hijauSistem penyejukan yang menggunakan menara angin tradisional (Barzeel) dan qanat
  • Memberikan insentif kepada penduduk yang mengecat bumbung dan rumahnya dengan warna terang untuk mengurangkan kesan pulau haba serta menggunakan penyejukan radiatif[16]
    • Menggunakan formulasi cat tertentu yang dapat memantulkan sebanyak 98.1% cahaya matahari[30][31]
  • Menanam variasi pokok yang tahan kepanasan[14][32]
  • Memasang bumbung hijau untuk menangani masalah kerpasan dan suhu tinggi[14]
  • Menggunakan dan membangunkan penghawa dingin dan sistem penyejuk
    • Pemasangan penghawa dingin di sekolah awam[14] boleh mewujudkan persekitaran yang lebih dingin dan selesa namun tindakan ini akan menyebabkan prnggunaan tenaga dan pembebasan gas rumah hijau yang lebih banyak, kecuali srkiranya sekolah tersebut menggunakan tenaga boleh diperbaharui.
  • Sistem penyejukan pasif yang menggunakan tenaga suria boleh dipasang untuk kegunaan rumah tangga atau penyejukan
    • Dalam kes-kes tertentu, sistem yang berharga rendah, tidak menggunakan komponen elektrik, some cases designs that are relatively low-cost, do not use electrical components serta boleh menjana dan menyimpan tenaga suria bolah digunakan.[33][34]

Berasaskan ekosistem

Kegiatan penghutanan semula di Praslin, Seychelles
  • Meningkatkan kesalinghubungan antara ekosistem
  • Membenarkan spesies untuk berhijrah ke tempat yang mempunyai keadaan iklim yang lebih sesuai
  • Penempatan semula spesies
  • Perlindungan dan pemulihan kawasan semula jadi dan separuh semula jadi juga dapat bantu ekosistem membina ketahanan agar mereka dapat mengadaptasi perubahan iklim dengan lebih muda[35]
  • Pemulihan rejim api (pola, intensiti dan kekerapan kebakaran liar berlaku di satu kawasan sepanjang tempoh masa yang lama) semula jadi untuk mengelakkan kebakaran liar yang serius
  • Meluaskan sungai untuk menyimpan lebih banyak air dalam sistem semula jadi bagi mengelakkan berlakunya banjir
  • Menetapkan kawasan hujau dan menanam pokok untuk mewujudkan peneduh bagi ternakan.
  • Penghutanan semula untuk mengelakkan penggurunan yang didorong oleh perubahan iklim antropogenik dan penggunaan tanah yang tidak lestari

Rujukan

WikiPedia: Adaptasi perubahan iklim http://www.ipcc.ch/pdf/assessment-report/ar4/wg2/a... http://www.ipcc.ch/publications_and_data/ar4/wg2/e... http://dotearth.blogs.nytimes.com/2011/05/23/citie... http://www.scientificamerican.com/article/all-clim... http://www.swissre.com/rethinking/climate_and_natu... http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1759-... http://www.geog.psu.edu/pdf/Smit_Wandel_GEC.pdf http://epa.gov/climatechange/effects/downloads/ada... http://www.epa.gov/eims/global/clim_res.pdf //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17391179